pagi pagi tgh makan mee goreng hirup nescafe panas, tiba tiba *gulp * telan air liur sambil telan mee goreng sekali.Ha sila baca
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Ustazahbiarsuamirogolanakdidakwa/Article
malas baca meh sii me copy paste.sila ulang baca yang bold!!!
.
Ustazah biar suami rogol anak didakwa
Oleh Suhana Roslan
suhanaroslan@bharian.com.my
2011/06/14
Ibu tutup mulut mangsa ketika 'dikerjakan' bapa tiri KUALA LUMPUR: Seorang ustazah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ampang di sini, semalam atas tiga tuduhan bersubahat dengan suaminya mencabul dan merogol anak perempuannya berusia 15 tahun di kediaman mereka, dua bulan lalu.
Wanita berusia 33 tahun itu, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap semua pertuduhan di hadapan hakim, Roszianayati Ahmad.
Dia juga didakwa bersubahat bagi tuduhan ketiga memujuk mangsa sama dengan membenarkan suaminya mencabul kehormatan gadis itu di kediaman mereka sekitar Ampang, masa yang sama, pada Mac 2011.
Timbalan Pendakwa Raya, Zuraini Ab Hamid tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap tertuduh dengan alasan kesalahan serius dengan mengambil kira usia mangsa yang masih di bawah umur ketika kejadian selain menjaga keselamatan saksi pendakwaan terdiri daripada mangsa dan anak-anak wanita itu.
Roszianayati memutuskan tiada jaminan dibenarkan terhadap tertuduh dan membenarkan permohonan pihak pendakwaan supaya perbicaraan kes itu dijalankan bersama dengan kes suaminya di hadapan hakim Manira Mohd Nor di Mahkamah Sesyen Ampang di sini.
Sementara itu, suami ustazah berusia 36 tahun yang bekerja sebagai pemandu lori mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ampang di sini, semalam atas dua dakwaan merogol anak tirinya itu tanpa kerelaannya dan melakukan kekerasan jenayah dengan mencabul kehormatan mangsa, pada masa dan tempat yang sama.
Pendakwaan yang diwakili Zuraini tidak menawarkan jaminan terhadap tertuduh dengan alasan sama sebelum Manira memutuskan lelaki itu tidak dibenarkan diikat jamin walaupun beliau merayu supaya mahkamah membenarkan telefon bimbitnya dikembalikan untuk menelefon penjamin.
Mahkamah menetapkan 13 Julai depan untuk sebutan bagi pasangan suami isteri itu melantik peguam.
INFO: Pertuduhan
- Bagi cabul kehormatan, lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.
Berita beranak dalam jamban pun ada harini, malas baca, kalau baca confirm harini darah naik.
Apa nak jadi?
5 comments :
stoopid fellow!
btw,gmbr ade??pls fwd..
ya Allah...nauzubillah...kenapa la ada manusia yang kejam tak berhati perut camtu.....kesian... -_-"
stupid tak cukup, perangai macam setan,bukan seth tan
klong takdop plka gambar
nilam, mmg , bukan takdok hati perut, mak patut jaga anak gini plak di buat,mmg tak patut beranak org gini
Oh!!!
mcm2..pening pale baca paper lening..
baik duk layan anak..lagi best..
Post a Comment