Followers

Friday, May 6, 2011

Mom & Baby Expo at Midvalley dan kisah sebiji belon

Salam,

Tadi time2 tengah hari before org laki sembahyang jumaat me tetibe teringat plan semalam nak ambik kereta nak g expo  Midvalley,tepon en suami nasib baik dia ada kat opis ( biasa en suami pergi Perodua rawang).So after sembahyang jumaat me and nuh hantar en suami g keje, me pun g ambik kamel teman g Midvalley, tak sanggup ah bawak nuh sorang2 g Midvalley tu, mujur kamel sanggup teman, walaupun lusa dia ada exam, THANK YOU Atotik.

Kitaorg tolak from Indahria Pukulm 3.45 ptg sampai MV pukul 4.20ptg, sampai2 je terus naik lift tingkat 3, masuk2 je expo cari kedai yang mmg dah aim, Tiny tapir first, heinz second follow bypureen,and FabulousMom and last sekali kat Avent.Ambik , bayar, pastu turun g minum jap pastu balik,mmg tak singgah mana mana pun kitaorg kuar from MV pukul 5.30ptg!! Walla dalam sejarah g MIDvalley duk sejam je.Ye la bukan senang nak g Midvalley mmg tak akan pergi kalau takde expo ni, parking haram jaddah confirm tak dapat kalau weekend huhuhuh.

Ingatkan ni expo sama jugak yg bulan March tu, Motherhood expo tu, rupanya lain.Yang ni elok siki rupanya tak sesak macam serang barang lelong.Sebabnya yang kali ni diorang bukak 2 hall tu, overall lagi happening dari last time booth lagi banyak  yang ni.

Tujuan utama nak pergi nak beli Botol susu avent kat Nuh, yang MAM di tak nak, so try avent plak ( padahal budak ni mmg taknak botol kot )hhoho mati la seminggu lagi dah nak g nursery.

Pastu nak tgk Bumblebee Bottles nak add up lagi, sekali takde plak.Tapi, takde Bumblebee tu duit pi ganti beli Baju pureen RM14.90 and refill pureen RM 22.00.habis budjet RM 38.90.

On the way balik lalu depan booth nestle ada abang tu hulur belon kat Nuh, time Atotik nak ambik dari nuh dia menangis sekuat hatinya.terkejut me and kamel tak pernah2 dia menangis full blast macam tu, so dari midvalley , dalam keta sampai la umah budak kecik ni duk pegang belon tu suka benor.Siap buat aksi yang tak sanggup mama lihat ( dia pi garu belon tu pastu bunyi krok krok gaya nak meletup belon tu mak ai seria betul).Esok kene sorok belon ni.huhhu

P/s: esok pukul 2.00 ptg sila duduk depan TV3 ramai2 layan Diwale Dulhania Le Jayange !!! ( iklan tak berbayar )

1 comment :

mommynadia said...

oooo..diaduktepik tadik pasal belon la???nuh nuh..
ok la tu,ada bdak takut belon lagik susah!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...